Adakah sah solat pakai baju bergambar manusia atau haiwan?

Adakah sah solat pakai baju bergambar manusia atau haiwan?


Soalan

Ketika solat berjemaah, saya lihat ada jemaah memakai baju bergambar manusia atau haiwan. Adakah sah solatnya?

Jawapan

Memakai baju mempunyai gambar makhluk bernyawa sama ada haiwan atau manusia hukumnya harus di luar solat.

Jika memakai baju tersebut di dalam solat, hukumnya menjadi makruh kerana ia boleh mengganggu jemaah lain untuk menjaga khusyuk dalam solat selain boleh mengundang fitnah.

Namun jika gambar haiwan dan manusia itu bersaiz kecil sahaja seperti logo jenama atau pasukan bola sepak, ia dimaafkan.

Perlu diingatkan, memakai pakaian yang mengaibkan atau yang boleh mengundang fitnah seperti gambar wanita yang tidak menutup aurat atau lucah dihukumkan sebagai haram.

Bagaimanapun, solat orang yang memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk bernyawa itu tetap sah jika ia memenuhi syarat sah solat yang lain.

Sebaik-baiknya pakailah pakaian yang tidak mempunyai gambar ketika di luar solat dan baju yang sama boleh digunakan untuk solat apabila masuk waktu solat.



Source link

OR

Scroll to Top