Semua rangkaian televisyen Media Prima bersiaran sepenuhnya di Balai Berita NSTP, Bangsar, 21 Oktober ini

Semua rangkaian televisyen Media Prima bersiaran sepenuhnya di Balai Berita NSTP, Bangsar, 21 Oktober ini



hafizithnin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Penyiaran berita di semua rangkaian televisyen Media Prima bakal disalurkan sepenuhnya dari Balai Berita NSTP di Bangsar bermula 21 Oktober ini, sejajar dengan perpindahan operasi kesemua platform berkenaan ke premis yang diubah suai itu.

Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Jasbant Singh berkata, penyiaran semua siaran buletin daripada TV3, TV8, TV9, termasuk TV Didik yang bersiaran di Balai Berita NSTP adalah detik bersejarah bagi rangkaian televisyen Media Prima khususnya selepas lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas.

Kata beliau, operasi di Balai Berita NSTP dilihat juga sebagai lebih dinamik dan relevan bagi Media Prima sebagai sebuah syarikat media yang inklusif di Malaysia.

“Kita akan sebumbung dengan semua platform media di NSTP yang juga antara jenama media di bawah Media Prima iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.

“Dengan perpindahan ini dengan studio dan peralatan baru, kami yakin dapat terus memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan berita terkini dengan hiburan sensasi,” katanya selepas menghadiri majlis bacaan Yasin di studio baharu rangkaian televisyen Media Prima di bangunan Balai Berita NSTP di sini, hari ini.

Bacaan Yasin itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim merangkap Pengerusi Surau Jumaat Al Syakirin, Keramat Wangsa, Rosidi Mansoor.

Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, Pengarang Kumpulan NST Farrah Naz Karim dan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Kamaruddin Mape.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top