Trump dedah operasi ketenteraan pantas 48 minit singkir Maduro di Venezuela

Trump dedah operasi ketenteraan pantas 48 minit singkir Maduro di Venezuela

Trump dedah operasi ketenteraan pantas 48 minit singkir Maduro di Venezuela


Hamilton (Kanada): Presiden Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa Washington melaksanakan operasi ketenteraan pantas di Venezuela yang menyasarkan bekas Presiden Nicolas Maduro, dan Amerika Syarikat (AS) sejak itu meraih “keuntungan besar” daripada minyak Venezuela, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya membina angkatan tentera paling kuat di dunia dalam tempoh empat tahun pertama saya dan ia terbukti di Venezuela,” kata Trump dalam temu bual dengan Fox News selepas beliau melawat China, sambil menambah operasi untuk menyingkirkan Maduro berlangsung selama “48 minit dan 13 saat, dan semuanya selesai.”

Beliau berkata Venezuela ialah “sebuah negara kuat dengan ketenteraan yang kuat, tetapi ia berlaku dengan sangat pantas.”

“Selain itu, kami meraih keuntungan besar daripada minyak mereka,” katanya, sambil mendakwa Caracas juga memperoleh “lebih banyak wang dalam tempoh lapan bulan lepas berbanding 10 tahun lalu.”

Ketika ditanya mengenai situasi di Cuba, Trump menjawab: “Saya fikir kami akan mengubahnya.”

Beliau menyifatkan negara itu sebagai sebuah negara yang gagal dan berhujah bahawa “saya fikir mereka perlu datang kepada kami.”

Merujuk kepada tawaran bantuan kemanusiaan AS bernilai AS$100 juta untuk Cuba yang diumumkan baru-baru ini, Trump berkata: “Mereka menerima bantuan itu; mereka mahukan bantuan. Mereka perlukan pertolongan.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top