PKR ada bukti Rafizi, Nik Nazmi sertai parti baharu lebih awal! Masih terikat bon RM10 juta

PKR ada bukti Rafizi, Nik Nazmi sertai parti baharu lebih awal! Masih terikat bon RM10 juta


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa mempunyai bukti bahawa bekas Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyertai parti politik baharu sebelum kedua-duanya mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, susulan dakwaan itu, bon RM10 juta yang ditandatangani kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan masih terpakai.

Kredit Foto: Raja Jaafar Ali

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa itu sebelum ini mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen pada 18 haribulan dan hanya keluar parti pada 19 haribulan bagi mengelakkan Akta Anti Lompat Parti dikenakan terhadap mereka.

“Namun, saya ada bukti mereka telah pun menyertai parti Bersama (Parti Bersama Malaysia) lebih awal. Dalam laman sesawang Bersama, terdapat ‘timestamp’ pendaftaran bertarikh 17 hari bulan.
“Kalau ikut Perlembagaan parti, mereka sebenarnya sudah melompat parti pada 17 hari bulan, iaitu sebelum kerusi Parlimen dikosongkan hari ini,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Tergempar! Rafizi, Nik Nazmi keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen esok

Tambah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu, pihak penasihat undang-undang PKR akan meneliti perkara berkenaan sebelum sebarang tindakan saman diputuskan terhadap kedua-dua bekas pemimpin parti terbabit.

“Kita akan kaji dari sudut undang-undang kerana Akta Anti Lompat Parti dipercayai masih terpakai memandangkan mereka didakwa telah mendaftar menyertai parti lain sebelum mengosongkan kerusi secara rasmi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata PKR turut akan membincangkan tindakan terhadap lima lagi Ahli Parlimen parti itu yang dilihat bersama Rafizi dan Nik Nazmi dalam satu program di Petaling Jaya semalam.

“Kita akan bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Biro Politik PKR esok, termasuk tindakan terhadap semua yang terlibat dalam program tersebut,” ujar beliau.

Kredit Foto: FB Rafizi Ramli

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia dan akan mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum akan datang.





Source link

OR

Scroll to Top