“Dia Masih Tak Mahu Beri Kerjasama, Enggan Lafaz Cerai”

“Dia Masih Tak Mahu Beri Kerjasama, Enggan Lafaz Cerai”


Pelakon Linda Hashim mendakwa suaminya Beego enggan melafazkan cerai meskipun Hakim Syarie sudah memberi peluang untuk berbuat demikian hari ini.

Memetik Harian Metro, difahamkan pasangan itu hadir pada prosiding hari ini bagi pengesahan lafaz taklik yang difailkan oleh Linda setahun lalu.

BACA: Linda Dah Lama Move On Dengan Beego, Usaha Tukar Nama Akaun IG ‘LindaBeego’

Menurut Linda, suaminya enggan melafazkan cerai serta mahu meneruskan prosiding pada tarikh perbicaraan seterusnya.

“Sebenarnya ada soalan juga daripada hakim (syarie) untuk dia (Beego) melafazkan (cerai), tetapi masih tidak mahu memberi kerjasama apabila tak nak lafaz juga. Dia terus defend (pertahan) untuk proses seterusnya.

“Tidak ada alasan (kenapa Beego enggan lafaz cerai). Dia memang cakap yang dia tak nak lafaz, hari ini. Dia (Beego) tetap teruskan kes, jadi panjang lagi perbicaraan kami,” katanya.

Difahamkan, mahkamah menetapkan tarikh baru untuk kes mereka pada 18 Jun dan 9 Julai depan.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top