“Bila Bab Haji, Tiada Siapa Dapat Potong Giliran Atau Beli Panggilan Allah”

“Bila Bab Haji, Tiada Siapa Dapat Potong Giliran Atau Beli Panggilan Allah”


Terpilih bagi menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini, penyanyi Ezad Lazim berkata peluang untuk menunaikan ibadah haji tidak boleh dibeli dengan populariti.

Memetik Bernama, Ezad berkata dia dan isteri, Zeana Ramli menunggu dalam tempoh lama seperti berjuta individu yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

BACA: Ezad Lazim Menyesal Bazir Ratusan Ribu Beli Dadah

“Ramai fikir bila jadi artis, duit ada, nama dikenali, jadi semuanya mudah tapi bila bab haji, tidak ada siapa dapat potong giliran atau beli panggilan Allah. 

“Kami menunggu lama. Alhamdulillah, tahun ini isteri saya terlebih dahulu terima tawaran, manakala saya membuat rayuan sebagai mahram sebelum akhirnya kami sama-sama terpilih. Perasaan itu memang sukar diungkap dengan kata-kata,” katanya.

Sementara itu, Ezad berkata ketika berdiri di hadapan Kabaah air matanya mengalir dan disana dia memahami bahawa statusnya sebagai artis tidak membawa apa makna.

“Disini tiada siapa kenal kita sebagai artis. Yang ada cuma kita dengan dosa-dosa kita, doa-doa kita dan harapan untuk diampunkan.

“Ada masa saya tidak mampu bercakap. Air mata datang sendiri. Bila tengok kaabah teringat siapa diri kita sebenarnya, segala yang kita kejar di dunia tiba-tiba rasa kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Zeana berkata dia mendaftar haji pada 2009 selepas pulang dari umrah pertama kali dan menabung selama 17 tahun.

“Saya menabung, bersedia dari segi mental, emosi dan kewangan. Saya memang sasar tahun ini adalah tahun saya,” katanya.

Sumber: Bernama






Source link

OR

Scroll to Top