Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Zul Yahya yang dikatakan kini berdepan detik sukar apabila perniagaan makanan yang diusahakannya kurang stabil.
Terbaru, menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Zul berkata dia terpaksa membawa keluar tidur di kedai buat sementara waktu dan dapat selesaikan masalah berkenaan dalam masa terdekat.
BACA: Bisnes Kedai Makan Teruk, Zul Yahya Dedah Anak Isteri Tidur Di Kedai
“Saya dan keluarga, kami lapan beranak tidur di kedai sementara nak selesaikan masalah kami ini. Mungkin seminggu lagi. Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan,” katanya.
Sementara itu, dalam perkongsian berkenaan Zul turut menunjukkan keadaan ruangan dalam kedai yang dijadikan tempat tidur mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Zul turut meminta bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya serta mengakui memerlukan wang sebanyak RM15,000.
“Saya berterima kasih kepada anda semua yang transfer. Terima kasih. Subhanallah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kehidupan kalian dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan baik.
“Saya perlukan RM15,000 dalam masa terdekat, pening kepala. Tak tahulah kalau kalian berada di tempat saya ini. Saya blurr, sebab itu saya buat benda ni (minta bantuan),” katanya.
Sumber: HibGlam






