Pesara polis ditemukan meninggal dunia di rumah

Pesara polis ditemukan meninggal dunia di rumah


Melaka: Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini kelmarin, selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira jam 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata menurut jiran, mangsa yang tinggal bersendirian itu tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat hingga lima hari, sebelum bau busuk dihidu dari kediaman berkenaan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.

Christoper berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top