Orang berbadan besar ni memang selalu sayang orang lebih daripada diri sendiri – Noreen Iman

Orang berbadan besar ni memang selalu sayang orang lebih daripada diri sendiri – Noreen Iman


Pelakon dan personaliti media sosial Noreen Iman tampil berkongsi pandangan mengenai kehidupan individu bertubuh gempal menerusi satu ciapan balas di Threads yang menjadi perhatian dalam kalangan netizen.

Tak ada tunggu orang nak bahagiakan diri kita

Menurut Noreen, individu yang mempunyai masalah berat badan sering berdepan cabaran daripada sudut emosi termasuk kesukaran untuk menerima diri sendiri akibat persepsi masyarakat.

“Iya jadi gemuk ni memang hina wei. Kadang sampai nak sayang diri sendiri fikir dua tiga kali sebab orang gemuk ni memang selalu sayang orang lebih dari sayang diri sendiri,” ciapannya, semalam.

Dalam pada itu, Noreen turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memikirkan pandangan negatif pihak lain sehingga mengabaikan kesihatan dan kebahagiaan diri sendiri.

Katanya, aspek kesihatan perlu diberi perhatian kerana keadaan fizikal yang tidak terjaga dikhuatiri memberi kesan apabila meningkat usia kelak.

“Tapi kalau fikir fasal orang ni, sampai sudah tak habis. Just anggap, kalau gemuk sampai tua, risau tak terjaga. Kita sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara. Tak ada nak tunggu orang bahagiakan kita,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada pengguna media sosial dan ada yang bersetuju bahawa penjagaan kesihatan lebih penting berbanding memenuhi kehendak atau pandangan orang lain.

Malah, ramai turut menyifatkan kenyataan itu sebagai peringatan mengenai kepentingan mencintai diri sendiri di samping berusaha menjalani gaya hidup lebih sihat.

Artikel lain: Rumah tangga bergolak? Norreen Iman hadir prosiding pengesahan cerai

Terdahulu, aktres itu sempat menjadi bualan warganet setelah dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagi mengikuti prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Menurut sumber, permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen sebagai plaintif pada bulan lalu.

Sumber: Threads norreen143





Source link

OR

Scroll to Top