Kalau titah Sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi, apa lagi yang lain – Akmal Saleh

Kalau titah Sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi, apa lagi yang lain – Akmal Saleh


Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan segelintir pihak yang didakwa memperlekeh serta ‘melawan’ titah institusi diraja sebagai mencerminkan sikap sebenar mereka, sekali gus wajar dihentikan daripada sebarang bentuk kerjasama politik.

Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, perkembangan tersebut menjadi isyarat jelas bahawa kerjasama dengan pihak berkenaan tidak lagi wajar diteruskan.

“Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya apabila sedikit demi sedikit Allah tunjukkan perangai sebenar mereka. Cukup-cukuplah kita nak bekerjasama dengan mereka ini kalau titah Sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi, apa lagi yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut menyeru agar seluruh kepimpinan parti mengambil pendirian untuk bergerak secara solo dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Keputusan di Johor wajib untuk dilaksanakan ke semua negeri,” tegasnya.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Johor mengesahkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang bagi mempertahankan mandat serta meneruskan agenda pembangunan negeri.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat, suara akar umbi UMNO serta hasil perbincangan bersama pucuk pimpinan parti.

Sumber: FB Akmal Saleh





Source link

OR

Scroll to Top