“Kaki Saya Dah Tak Kuat Seperti Dulu, Penglihatan Semakin Kabur”

“Kaki Saya Dah Tak Kuat Seperti Dulu, Penglihatan Semakin Kabur”


Pelawak dan penyanyi Salih Yaakob berkata kakinya tidak lagi kuat seperti dahulu kerana faktor usia dan masalah darah tinggi alaminya.

Memetik Utusan Online, Salih berkata dia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana perlu dipapah jika mahu bergerak ke sesuatu tempat.

BACA: “Dalami Agama Sebelum Berpoligami”

Tambah pelawak berusia 65 tahun itu lagi, penglihatannya juga kini semakin kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas.

“Tempoh hari saya kena darah tinggi selepas bulan puasa, tetapi nasib baik tidak terlalu serius. Namun, kedua-dua belah kaki saya sudah tidak kuat seperti dulu.

“Boleh berjalan, tetapi sukar untuk bangun dan perlu dipapah. Penglihatan saya juga semakin kabur dan tidak begitu terang kerana pandangan sudah kelabu. Disebabkan itu, pergerakan saya pun tidak begitu seimbang.

“Saya masih boleh nampak, cuma tidak begitu jelas. Umur pun sudah lebih 60 tahun, jadi sekarang saya banyak berehat di rumah,” katanya.

Sementara itu, Salih menzahirkan penghargaan buat mereka yang masih mengambil berat akan dirinya termasuk Ajak Shiro yang menziarahinya baru-baru ini.

“Ya, dia ada datang bersama pasukannya untuk melawat saya. Cuma saya seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini dihebohkan.

“Siapa yang masih ingat kepada saya, Alhamdulillah. Kalau tidak ingat pun tidak mengapa, saya tidak kisah.

“Selain Ajak, ada juga rakan-rakan lain yang datang melawat seperti Den Wahab. Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa,” katanya.

Sumber: Utusan Online






Source link

OR

Scroll to Top