“Saya Dipanggil Hodoh, Saya Bersyukur Dengan Rupa Yang Dikurniakan”

“Saya Dipanggil Hodoh, Saya Bersyukur Dengan Rupa Yang Dikurniakan”


Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz berkata dia hanya berlapang dada apabila ada yang menggelarnya hodoh.

Menerusi perkongsian di Threads, Yazmin bagaimanapun berkata dia meluahkan rasa syukur dengan rupa paras yang dikurniakan kepadanya.

BACA: Empat Bulan Putus Cinta, Yazmin Aziz Tayang Kekasih Baru?

“Saya diberitahu yang saya dipanggil hodoh. Redha je lah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rupa yang dikurniakan kepada saya,” katanya.

Perkongsian Yazmin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tidak kurang juga, ada yang meminta agar penyanyi itu tidak mengendahkan kata-kata negatif berkenaan kerana kita tidak boleh memuaskan hari orang lain.






Source link

OR

Scroll to Top