Malaysia perlu guna peluang muncul juara regu berpasukan – Azlan

Malaysia perlu guna peluang muncul juara regu berpasukan – Azlan


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad sepak takraw negara perlu memanfaatkan peluang terbaik untuk muncul juara acara regu berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takrtaw 2026 selepas melihat Thailand tidak berada pada tahap terbaik.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Azlan Mubin, skuad regu berpasukan negara tidak banyak melakukan rombakan dan dilihat lebih seimbang dalam ketiga-tiga regu.

Katanya, Malaysia turun selaku juara acara berpasukan di Sukan Sea Thailand 2025, Disember lalu dan ia memberi kelebihan besar dari sudut psikologi kerana lawan kini mula gerun dengan kekuatan skuad negara.

“Logiknya memang kita sepatutnya kena menang. Bila kita menang acara berpasukan di Sukan Sea, psikologi dan kegerunan itu sudah ada terhadap pasukan Malaysia.

“Kita pula tak banyak buat pertukaran dan line-up memang seimbang. Pemain yang ada pun berpengalaman di kejohanan besar termasuk pemain simpanan,” katanya kepada Arena Metro.

Tambah Azlan, kekalahan dalam acara regu sebelum ini perlu dijadikan pengajaran berguna supaya pemain tidak terlalu selesa menjelang aksi penting selepas ini. Katanya, aspek mentaliti menjadi faktor paling utama untuk menentukan sama ada Malaysia mampu muncul juara atau sebaliknya.

“Tapi kebaikan bila kita kalah, kita kena bersedia dari segi mentaliti. Mentaliti akan jadi penentu kita juara untuk acara berpasukan.

“Kalau tanya saya, kalau mentaliti kita bersedia, kita juara, pasti.

“Thailand ketika ini dilihat masih bergelut dengan perubahan dalam pasukan apabila aksi regu pertama mereka menentang Filipina terpaksa diheret ke tie-break selain pemain utama, Sitipong tidak diturunkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top