Russell juara pecut GP Kanada, Antonelli berang

Russell juara pecut GP Kanada, Antonelli berang


Montreal: George Russell memenangi perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Kanada selepas bermula di petak utama, manakala pendahulu keseluruhan Formula Satu (F1), Kimi Antonelli menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam aksi penuh drama membabitkan dua pelumba Mercedes itu.

Juara dunia F1 dari McLaren, Lando Norris pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas mengharungi 23 pusingan di Litar Gilles Villeneuve.

Kemenangan kedua Russell dalam perlumbaan pecut musim ini berjaya mengurangkan jurang mata dengan Antonelli kepada 18 mata.

Bagaimanapun, perlumbaan itu turut menyaksikan ketegangan memuncak antara dua pelumba Mercedes apabila Antonelli berang selepas hampir bertembung dengan Russell ketika bersaing merebut kedudukan pendahulu.

Pelumba muda Itali berusia 19 tahun itu mendakwa Russell menolaknya keluar litar dan sepatutnya dikenakan penalti.

Situasi itu memaksa bos pasukan Mercedes, Toto Wolff campur tangan menerusi radio pasukan.

“Fokus kepada pemanduan, jangan merungut di radio,” kata Wolff kepada Antonelli.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top