PGA serbu lokasi proses ketum, rampasan bernilai hampir RM60,000

PGA serbu lokasi proses ketum, rampasan bernilai hampir RM60,000


nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan kegiatan pemprosesan dan penjualan air ketum selepas merampas 623 liter serta 268 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM60,000 pada Rabu minggu lalu.

Menerusi dua serbuan berasingan yang dilakukan Batalion 8 di Kampung Pulau Pisang dan Pulau Pak Mat, di sini itu turut menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun ketika sedang memproses air ketum.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi pertama jam 1.30 tengahari itu, pihaknya berjaya merampas dua perahu bersama enjin galah, 119 kg daun ketum serta 46 bungkusan air ketum selepas suspek melarikan diri ke kawasan semak.

Katanya, operasi kedua jam 3 petang pula menahan dua lelaki tempatan ketika sedang memproses dan membungkus air ketum di kawasan semak Pulau Pak Mat.

“Hasil keseluruhan operasi berjaya merampas pelbagai peralatan memproses ketum termasuk periuk, tong gas, dapur memasak, perahu selain 623 liter air ketum serta 268 kg daun ketum.

“Saringan ujian air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah dan hasil rampasan dan tangkapan diserahkan ke IPD Kota Bharu.

“Siasatan awal mendapati kegiatan penjualan ketum di kawasan terbabit aktif sejak tiga tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, suspek yang ditahan dipercayai bekerja secara separuh masa memproses air ketum dengan upah harian dan air ketum itu dijual dengan harga RM10 sebungkus

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racyn 1952 dan Seksyen15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top