Aaron-Khai Xing lakar kejutan ke suku akhir

Aaron-Khai Xing lakar kejutan ke suku akhir


Beregu lelaki negara Kang Khai Xing (kiri) dan Aaron Tai mara ke suku akhir Terbuka Singapura. Foto Bernama

BEREGU lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing melakar kejutan apabila berjaya menewaskan gandingan nombor tujuh dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada Terbuka Singapura pada Khamis.

Kemenangan tersebut membolehkan Aaron-Khai Xing mengesahkan slot ke peringkat suku akhir kejohanan itu.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, gandingan negara yang kini berada di ranking ke-27 dunia itu hanya memerlukan masa 38 minit untuk mengetepikan cabaran pilihan keenam kejohanan tersebut dengan keputusan straight set 21-19, 21-17.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Khai Xing menyifatkan tahap konsistensi yang bertambah baik serta komunikasi yang jelas di dalam gelanggang sebagai faktor utama kepada kejayaan mereka.

“Paling utama dalam kemenangan ini adalah konsistensi dalam pukulan serta komunikasi kami di atas gelanggang.

“Jika kami mampu menjadi lebih konsisten, permainan kami akan menjadi lebih baik,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top