'Jus kaki' model cosplay habis dijual dalam tempoh kurang sejam

'Jus kaki' model cosplay habis dijual dalam tempoh kurang sejam


San Jose: Jualan produk luar biasa ‘jus kaki’ oleh model cosplay mencetuskan perhatian apabila ia dilaporkan habis dijual dalam tempoh kurang sejam pada acara luar talian, Parkon yang diadakan bersempena konvensyen Fanime Con 2026 di sini.

Memetik laporan Odditycentral, produk yang dijual itu adalah jus buah-buahan yang disimpan dalam baldi plastik dan didakwa direndam dengan kaki model terbabit.

Walaupun konsepnya dianggap luar biasa dan asing, harga antara AS$10 (kira-kira RM42) hingga AS$15 (kira-kira RM70) tidak menghalang pengunjung daripada membanjiri gerai jualan berkenaan.

Melalui foto dan video yang tular daripada Parkon 2026, gadis muda berpakaian cosplay dilihat memegang sepanduk yang menawarkan jus kaki sambil merendam kaki mereka dalam di dalam jus itu.

Malah, terdapat juga dakwaan sesetengah daripada mereka membenarkan pelanggan meminum jus yang menitis daripada kaki yang basah.

Untuk makluman, gerai jus kaki itu bukan secara rasmi sebahagian daripada Fanime Con tahun ini, sebaliknya berlangsung di acara luar talian yang dikenali sebagai Parkon iaitu sebuah perhimpunan terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja hadir dan menjalankan aktiviti masing-masing.

Jualan jus kaki itu menjadi antara tarikan utama Parkon tahun ini dengan ramai menyifatkan aksi itu sebagai bentuk pemasaran paling rendah.

Bagaimanapun, pandangan itu secara teknikalnya tidak tepat memandangkan produk berkenaan dilaporkan habis terjual dalam masa yang singkat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top