Mampukah Arsenal lengkapkan trilogi kejayaan kelab EPL di pentas Eropah?

Mampukah Arsenal lengkapkan trilogi kejayaan kelab EPL di pentas Eropah?

Mampukah Arsenal lengkapkan trilogi kejayaan kelab EPL di pentas Eropah?



MUSIM ini sudah menghadirkan pelbagai kisah menarik buat bola sepak Inggeris di pentas Eropah.Aston Villa akhirnya menamatkan penantian selama 44 tahun untuk kembali menjulang trofi Eropah apabila menjuarai Liga Europa, manakala Crystal Palace pula menikmati detik paling bersejarah selepas menghadiahkan kejuaraan Eropah pertama (Liga Konferens) sejak kelab itu ditubuhkan lebih satu abad lalu.Kini tumpuan terarah kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal.Awal pagi Ahad ini (bermula jam 12 tengah malam), skuad kendalian Mikel Arteta bakal berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Budapest, Hungary dengan peluang untuk melengkapkan hatrik kejayaan kelab EPL di Eropah musim ini.Jika berjaya menewaskan wakil Perancis itu, Arsenal bukan sahaja menamatkan penantian panjang mereka untuk menjulang trofi UCL, malah mengukuhkan semula pengaruh EPL di pentas tertinggi bola sepak Eropah.Bagi penyokong Arsenal, perlawanan ini membawa makna yang cukup besar.Sudah hampir dua dekad berlalu sejak The Gunners tewas kepada Barcelona pada final 2006 dan sejak itu, impian untuk melihat kelab London Utara itu menjulang trofi paling berprestij Eropah masih belum menjadi kenyataan.Namun musim ini terasa sedikit berbeza.Arsenal tampil lebih stabil dan matang, terutama dalam aksi besar.Mereka tidak lagi dilihat sebagai pasukan muda yang mudah goyah, sebaliknya hadir dengan identiti permainan yang jelas selain disiplin taktikal yang semakin kukuh di bawah Arteta.Kehadiran Viktor Gyokeres turut menambah sengat di jentera serangan, manakala Bukayo Saka terus menjadi pemain paling penting dalam mencorakkan permainan Arsenal.Bagaimanapun, PSG bukan lawan yang mudah untuk dijinakkan.Di bawah kendalian Luis Enrique, juara Perancis hadir selaku juara bertahan dan tampak lebih seimbang serta berbahaya berbanding beberapa musim lalu.Mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada individu tertentu, sebaliknya bergerak sebagai satu unit yang cukup efektif.Ancaman pemain seperti Ousmane Dembele, Khvicha Kvaratskhelia dan Vitinha dijangka menjadi ujian besar buat benteng Arsenal.Dalam perlawanan sebesar ini, pengalaman dan ketenangan sering menjadi pemisah utama.Namun, Arsenal mempunyai satu kelebihan yang mungkin sukar diukur menerusi statistik iaitu keyakinan bahawa mereka sedang berada di ambang mencipta sejarah.Villa sudah menamatkan kemarau panjang mereka, Palace pula sudah merasai malam paling indah dalam sejarah kelab.Kini tinggal Arsenal untuk menentukan sama ada musim ini benar-benar menjadi milik kelab Inggeris di pentas Eropah.



Source link

OR

Scroll to Top