“Saya Ni Lemah Dalam Pelajaran” – Oddah Cari Rezeki Di Usia Muda Nak Bantu Ibu Bapa

“Saya Ni Lemah Dalam Pelajaran” – Oddah Cari Rezeki Di Usia Muda Nak Bantu Ibu Bapa

“Saya Ni Lemah Dalam Pelajaran” – Oddah Cari Rezeki Di Usia Muda Nak Bantu Ibu Bapa


Anak kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli berkata dia mahu mencari rezeki di usia muda untuk membantu ibu bapanya.

Menerusi sesi siaran langsung, Audra atau lebih mesra dipanggil Odda berkata meskipun bekerja dia tetap akan menghabiskan pelajaran dan mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

BACA: “Kami Tak Berseorangan, Tahu Limit” – Oddah Nafi Hadie Tumpang Tidur Di Rumah

“Saya memang nak buat duit. Nak cari rezeki untuk ibu bapa saya. Apa-apa yang saya hutang dengan ibu bapa, saya boleh bayar semula. Pagi saya belajar, kemudian selepas habis belajar saya terus pergi shoot. Perkara itu tidak senang,” katanya.

Sementara itu, Oddah berkata dia sudah pun berhenti sekolah namun belajar secara homeschool untuk menduduki SPM.

Odda turut berkongsikan perancangan masa hadapannya untuk mengambil peperiksaan, keluar dengan single serta mengambil lesen memandu.

“Saya sebenarnya masih belajar untuk mengambil SPM. Saya berhenti sekolah sebab banyak kerja tetapi saya masih homeschool dan masih nak ambil SPM.

“Saya rancang, keluarkan single, ambil SPM dan ambil lesen memandu. Saya ni lemah dalam pelajaran. Kalau saya pergi sekolah pun, kadang-kadang tak pergi.

“Jadi sebab itu saya memilih untuk homeschool supaya dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran,” katanya.

Sumber: Hlive






Source link

OR

Scroll to Top