“Ada Penerbit Tiba-Tiba Mesej…Dia Cakap Saya Takkan Dapat Watak Utama Lagi” 

“Ada Penerbit Tiba-Tiba Mesej…Dia Cakap Saya Takkan Dapat Watak Utama Lagi” 

“Ada Penerbit Tiba-Tiba Mesej…Dia Cakap Saya Takkan Dapat Watak Utama Lagi” 


Pelakon Fathia Latiff mendedahkan ada penerbit menghubunginya untuk tawarkan berlakon namun rupanya mahu maklumkan dia tidak akan lagi memegang watak utama.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fathia berkata dia tidak ‘sentap’ sebalik menyedari kehidupan sebagai pelakon dimana apabila popular ramai yang akan mengambil untuk berlakon.

BACA: Fathia Latiff Syukur Dapat Job Dengan Aliff Syukri

“Ada seorang penerbit ni tiba-tiba msg saya kononnya nak ambil saya berlakon. Rupanya-rupanya dia cuma nak cakap yang saya takkan dapat watak utama lagi.

“Saya tak sentap, saya tahu putaran hidup sebagai pelakon ni macam mana. Bila tengah tip, berduyun-duyun penerbit TV atau stesen TV akan ambil berlakon, buat reviu.

“Tapi bila dah tak ‘panas’ deorang tak pandang pun awak. Situasi ini akan jadi dekat mana-mana artis, tunggu masa saja cepat atau lambat,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata dia kini berniaga secara kecil-kecilan dan tidak mengharapkan tawaran berlakon mana-mana.

“Saya tak hadap sangat pun dapat job dari mana-mana syarikat sebab saya bekerja berniaga sendiri. Kalaupun kecil tapi saya percaya perniagaan boleh berkembang maju. Saya cuma harap doa dan sokongan daripada anda semua,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top