Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata dia mengakui sedang berkawan dengan usahawan sensasi Datuk Seri Vida.
Memetik mStar Online,Fazley berkata dia kagum dengan sifat peribadi Vida yang disifatkan wanita hebat dan memiliki ciri-ciri isteri sempurna.
BACA: “Datuk Fazley Tolonglah, Saya Okay Datuk Kahwin Dengan Mama” – Cik B
“Buat masa sekarang saya hanya boleh menafikan (hubungan istimewa), kami berkawan…dia memang menepati ciri-ciri seorang isteri yang sempurna.
“Saya mengagumi cara dia menjaga dan melayan anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak, hubungan mereka penuh dengan kasih sayang.
“Saya kagum kelebihan Vida kalau bab gama dan bisnes, tip top. Dia memang menepati ciri-ciri isteri yang sempurna untuk sesiapa saja,” katanya.
Sementara itu, Fazley berkata dia dan Vida hanya berkawan sama seperti hubungan dengan pengurus lain di program Talk To My Manager.
“Apa pun kami hanya berkawan saja sama seperti hubungan dengan pengurus lain dalam TTMM2.
“Namun, saya tak menolak sesiapa juga menjadi jodoh saya. Kalau dia kulit gelap, tak putih, anak-anak terima dan pembersih, memang saya okay saja,” katanya.
Sumber: mStar Online






