“Siapa Cakap Saya Tak Ada Duit? Kalau Orang Tengok Latar Belakang Keluarga Saya…” – Fazley


Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkata latar belakang keluarganya sendiri berada dan cukup dari segi kewangan.

Memetik Astro Gempak, Fazley turut menafikan dakwaan dia mendekati usahawan Datuk Seri Vida kerana kemewahan.

BACA: “Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?

“Siapa cakap saya tak ada duit? Kalau orang tengok latar belakang keluarga saya, Alhamdulillah semuanya cukup dari segi kewangan. Jadi penyatuan keluarga ini adalah penyatuan dua empayar bisnes. Insya-Allah, doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Sementara itu, Fazley mengakui pada awalnya bimbang hubungan rapat mereka mendapat reaksi negatif namun tidak sangka ramai yang mendoakan serta meminta menjaga Vida dengan baik.

“Saya sebenarnya was-was kalau rakan-rakan artis, kawan-kawan dan pelajar saya berkata negatif tetapi 99 peratus memuji, menggalakkan dan mendoakan.

“Tiga hari kami tak buat siaran langsung TikTok pun ramai hantar mesej tanya kami bergaduh ke. Mereka mahu saya jaga DSV. Saya pula risau kalau tak dapat jaga dia dengan baik,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top