“Kalau Ikutkan Sekarang Mesti Anak Syurga Saya Dah Setahun Enam Bulan”

“Kalau Ikutkan Sekarang Mesti Anak Syurga Saya Dah Setahun Enam Bulan”

“Kalau Ikutkan Sekarang Mesti Anak Syurga Saya Dah Setahun Enam Bulan”


Pempengaruh media sosial, Marissa Dania berkongsikan momen mengenai arwah anaknya ketika Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Marissa memuat naik video menziarahi pusara arwah anaknya.

BACA: “Saya Cuma Tak Ada Peluang Untuk Jaga Anak” – Marissa Dania

Turut menjadi perhatian, ketika menziarahi pusara anaknya Marissa mengatakan jika diikutkan usia anaknya kini sudah mencecah setahun enam bulan.

“Dah petang sikit saya ziarah anak syurga saya. Kalau diikutkan usianya sekarang sudah setahun enam bulan,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar kata-kata Marissa itu serta memberikan kata-kata semangat buatnya.

Tahun lalu, Marissa Dania dilapor bersalin bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan. Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.






Source link

OR

Scroll to Top