Ee Wei cedera ACL, terlepas Terbuka Indonesia

Ee Wei cedera ACL, terlepas Terbuka Indonesia

Ee Wei cedera ACL, terlepas Terbuka Indonesia


Ee Wei dipalit kecederaan semasa beraksi dalam saingan suku akhir Terbuka Singapura minggu lalu.

 

HASRAT pasangan beregu campuran negara, Toh Ee Wei-Chen Tang Jie untuk beraksi pada Terbuka Indonesia 2026 tidak kesampaian apabila Ee Wei disahkan mengalami kecederaan lutut.

 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan ketika beraksi pada saingan suku akhir Terbuka Singapura minggu lalu.

 

Menurut BAM, hasil pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mendapati Ee Wei mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kiri.

 

“Susulan kecederaan tersebut, Ee Wei bersama pasangan beregu campurannya Chen Tang Jie menarik diri daripada kejohanan Terbuka Indonesia 2026,” kata badan induk itu dalam kenyataan pada Isnin.

 

Ee Wei dijadual menjalani pemeriksaan MRI susulan Jumaat ini bagi menilai tahap kecederaan dengan lebih terperinci.

 

Keputusan pemeriksaan berkenaan akan digunakan pasukan perubatan BAM untuk menentukan kaedah rawatan terbaik serta program pemulihan sesuai buat pemain itu.

 

Kecederaan itu pastinya menjadi tamparan buat kem negara memandangkan pasangan Tang Jie-Ee Wei merupakan antara sandaran utama Malaysia dalam acara beregu campuran di pentas antarabangsa.

 



Source link

OR

Scroll to Top