Netizen Kagum Chef Wan Kekal Positif Selepas Didiagnos Kanser

Netizen Kagum Chef Wan Kekal Positif Selepas Didiagnos Kanser


Cef terkenal Datuk Chef Wan berkongsikan pengalaman apabila menerima berita dirinya disahkan menghidap kanser Burkitt, sejenis penyakit limfoma yang sangat jarang berlaku.

Menerusi satu podcast, ketika dia dimaklumkan mengenai berita tersebut daripada doktor dia sukar untuk percaya pada awalnya namun melihat dari sudut positif.

BACA: “Saya Diberi Arahan Tegur Iddin” – Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Masa Doa

Menurut Chef Wan, doktor memaklumkan kanser Burkitt yang dihidapinya hanya melibatkan sekitar lima peratus kes di seluruh dunia.

“Doktor memberitahu, saya ada kanser Burkitt (limfoma). Penyakit ini jarang ditemui, hanya 5% sahaja dalam dunia.

“Saya tengok doktor dan kata, ‘saya tak percaya, saya ialah insan yang terpilih.’ Kemudian doktor cakap, ‘saya tak pernah jumpa seseorang yang positif seperti awak,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka serta berpendapat setiap penyakit adalah penghapus dosa.

“Ketika itu saya rasa kosong. Kalau ini adalah pengakhiran saya, maka saya akan menghadapinya seperti orang lain.

“Tetapi saya mampu bertahan sehingga usia 65 tahun dan saya ada hidup yang sangat indah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kerana setiap penyakit itu menghapuskan dosa kita,” katanya.

Perkongsian Chef Wan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap positif figura itu meskipun diuji dengan masalah kesihatan.






Source link

OR

Scroll to Top