Kad merah ‘kontroversi’ ketika perlawanan sengit lebur impian Soon Huat-Shevon ke separuh akhir

Kad merah ‘kontroversi’ ketika perlawanan sengit lebur impian Soon Huat-Shevon ke separuh akhir

Kad merah ‘kontroversi’ ketika perlawanan sengit lebur impian Soon Huat-Shevon ke separuh akhir


Insiden ketika Soon Huat dilayangkan kad merah.

IMPIAN gandingan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan Terbuka Indonesia berkecai selepas tewas kepada pilihan keempat kejohanan, Thom Gicquel-Delphine Delrue pada Jumaat.

Kekalahan itu turut dibayangi dengan layangan kad merah kontroversi oleh pengadil perlawanan pada set penentuan ketika perlawanan sengit itu terikat 20-20 di Istora Senayan, Jakarta.

Ketika servis berada di tangan pasangan Perancis itu, pengadil perlawanan bertindak melayangkan kad merah kepada Soon Huat atas dakwaan melengahkan permainan.

Layangan kad tersebut sekali gus memberikan mata percuma 21-20 kepada pasangan Perancis itu sebelum mereka memanfaatkan situasi berkenaan untuk menoktahkan kemenangan.

Terdahulu, Soon Huat-Shevon mempamerkan permulaan bertenaga apabila memenangi set pertama dengan keputusan 21-15.

Gandingan negara hampir mengesahkan kemenangan di set kedua apabila mendahului dengan selesa, namun kelebihan itu gagal dipertahankan sebelum akur tewas 18-21.

Pada set penentuan, Soon Huat-Shevon sebenarnya berada pada landasan terbaik untuk mara apabila hanya memerlukan satu mata akhir.

Bagaimanapun, mereka membiarkan Gicquel-Delrue bangkit mengejar untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum keputusan kontroversi pengadil itu berlaku dan pasangan perancis itu menamatkan perlawanan dengan kemenangan 22-20.

Mesti Baca



Source link

OR

Scroll to Top