‘Ronaldo nasihat saya perlu berhati-hati’- Antony

‘Ronaldo nasihat saya perlu berhati-hati’- Antony

‘Ronaldo nasihat saya perlu berhati-hati’- Antony


BEKAS pemain sayap Manchester United, Antony membuka mulut mengenai nasihat penting yang diterimanya daripada bintang terkenal, Cristiano Ronaldo ketika kedua-duanya beraksi di Old Trafford.

Pemain antarabangsa Brazil itu turut mendedahkan bagaimana bekas pengurus, Erik ten Hag memainkan peranan utama dalam meyakinkannya untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum dia mengambil keputusan membina semula kariernya di Sepanyol.

Bercakap dalam sebuah program podcast, Antony mengimbas kembali detik perpindahannya dari Ajax ke United pada 2022 serta tekanan tinggi yang dihadapinya sepanjang beraksi di England.

Menurut Antony, Ronaldo bukan sahaja seorang rakan sepasukan yang hebat, malah sering memberikan kata-kata semangat bagi meredakan tekanan yang dipikulnya.

“Cristiano Ronaldo adalah seorang individu yang luar biasa, sangat kelakar dan sopan.

“Dia pernah memberitahu saya bahawa jika tiba satu hari saya tidak lagi berasa gementar (gugup) sebelum perlawanan, saya perlu berhati-hati.

“Malah, sebelum aksi sulung saya menentang Arsenal, dia menenangkan saya dan meminta saya melakukan sentuhan pertama dengan tenang dan selepas itu akan tahu apa yang perlu dilakukan untuk baki perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, Antony mengakui hubungannya yang erat dengan Ten Hag sejak di Ajax menjadi faktor utama dia memilih untuk menyertai The Red Devils.

“Saya memilih Manchester United disebabkan Erik ten Hag. Beliau kerap menghantar mesej kepada saya dan menyatakan bahawa beliau sangat mahukan saya berada di dalam pasukannya,” katanya.

Bagaimanapun, jangkaan tinggi yang hadir bersama tanda harga perpindahannya yang besar mula memberi kesan terhadap prestasinya di padang, selain kritikan hebat daripada media tempatan.

Antony mengakui tekanan tersebut menjejaskan keyakinan dirinya sehingga mendorongnya untuk berhijrah ke Sepanyol bagi menyertai Real Betis.

“Media di England agak ‘berat’ (memberi tekanan tinggi). Ada masanya saya sendiri mula meragui keupayaan diri, namun keluarga sentiasa mengingatkan bahawa fasa sukar ini tidak menentukan keseluruhan karier saya.

“Saya perlu ke Sepanyol untuk menemui semula sentuhan dan kembali gembira. Di EPL, intensitinya amat ekstrem sama ada ketika menyerang atau bertahan, manakala di Sepanyol, terdapat lebih banyak ruang untuk situasi satu lawan satu,” katanya.

Mesti Baca



Source link

OR

Scroll to Top