Pelakon dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran panggilan video bersama isterinya, Datin Lisa Surihani.
Menerusi perkongsian itu, Yusry dilihat mengenakan baju putih dan bertopi, manakala Lisa berpakaian serba hitam.
BACA: “Saya Rindu Lisa, Ini Adalah Fasa Yang Berat”
“Assalamualaikum Hajjah,” tulisnya.
Perkongsian Yusry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji melihat kemesraan pasangan itu apatah lagi Lisa kini berada di Tanah Suci.
Sementara itu, rata-rata netizen turut memuji Yusry yang memuat naik wajah isterinya dalam keadaan cantik meskipun ketika membuat panggilan video.

Terdahulu, Yusry berkata tidak dapat menahan rindu apatah lagi isterinya yang berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji. Yusry berkata ketiadaan isteri tercinta disisi ketika ini merupakan fasa paling berat dirasakan dalam hidupnya.






