“Saya Tolak Poligami Sebab Dah Jadi Pada Ibu Saya” 

“Saya Tolak Poligami Sebab Dah Jadi Pada Ibu Saya” 

“Saya Tolak Poligami Sebab Dah Jadi Pada Ibu Saya” 


Pelakon Edika Yusof memberitahu sebagai lelaki dia menolak amalan berpoligami dalam perkahwinan.

Menerusi satu podcast, Edika berkata dia menolak poligami selepas melihat sendiri pengalaman dilalui ibunya sendiri.

BACA: “22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari” – Edika Yusof

“Saya memang tolak poligami. Saya tolak sebab pekara itu dah jadi pada ibu saya,” katanya.

Sementara itu, Edika berkata meskipun lelaki itu cuba untuk berlaku adil namun belum tentu dapat memberi perhatian sepenuhnya.

“Kita nampak bagaimana dia sengsara kan? Tidak kisah orang itu bertanggungjawab atau tak bertanggungjawab, tapi awak tetap tak boleh bagi perhatian 100%,” katanya.

Dalam pada itu, isterinya iaitu Nor Hidayah berkata bukan mudah menjadi isteri kepada Edika apatah lagi pelbagai ujian perlu dihadapi.

“Sedangkan wanita yang normal dan sihat walafiat pun bukan senang nak maintain rumah tangga. Lagi kan saya yang tiga suku badan.

“Bersuamikan Edika Yusof, ingat senang nak jaga dia? Semuanya nampak mudah dan tenang sahaja. Tiba-tiba, ujian datang dari semua arah. Apa pun, kita hadap dan uruskan sebaik mungkin,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top