Penyanyi Ariff Bahran berkongsikan detika cemas kedai beg tangan mewah miliknya yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya dipecah masuk awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di laman Threads, Ariff turut memuat naik video rakaman litar tertutup kejadian itu dipercayai melibatkan tiga individu.
BACA: Ariff Bahran Rugi RM425,000, Impian Bawa Sheila On 7 Musnah
“Hari ini aku diuji dengan 24 luxury bag dirompak di kedai aku, Tamarind Square, Cyberjaya, 6 pagi tadi. Hancur lebur hati wife.
“Suspek tiga orang. Dua laki, seorang perempuan. Bangsa India. Sedang mendapatkan maklumat mereka sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ariff turut meminta bantuan orang ramai atau mereka yang pakar CCTV bagi mendapatkan imej lebih jelas suspek yang terlibat.
“Ada sesiapa pakar cctv? Kedai saya baru dirompak. Saya nak tengok footage yang lagi jelas muka perompak. Cuma cctv tak clear sangat. Please help me out,” tulisnya.





