Pendedahan Azad Buka Mata Banyak Pihak, Flat Penempatan Rohingya Akan Dirobohkan

Pendedahan Azad Buka Mata Banyak Pihak, Flat Penempatan Rohingya Akan Dirobohkan


Sebuah flat yang dikaitkan dengan penempatan haram etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat akan dirobohkan.

Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim berkata struktur berkenaan dibina di atas tanah milik persendirian, manakala sebahagian kecil lagi terletak di kawasan rizab jalan dan sungai.

BACA: “Binaanya Nampak Pelik” – Pak Azad Terjumpa Flat 4 Tingkat Didakwa Dibina Etnik Rohingya

“Berhubung bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

“PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Jusni turut memaklumkan pihak berkuasa sudah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan sejak 2017, namun isu berkenaan masih berulang.

“Untuk rekod PDT Hulu Langat mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah kepada pemilik struktur kediaman terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan terbaru pada 13 Mac 2025 selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828),” katanya.

Terdahulu, pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad tidak menyangka akan terjumpa sebuah kediaman bertingkat mencurigakan di kawasan terpencil Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Azad berkata dia secara kebetulan melaui jalan berkenaan dan rakaman video dibuat secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran klip lagu raya sebelum Ramadan lalu






Source link

OR

Scroll to Top