“Kita Mungkin Belum Dikurniakan Cahaya Mata Tapi Allah Bagi Isteri Yang Jadi Cahaya Dalam Hidup Aku” 

“Kita Mungkin Belum Dikurniakan Cahaya Mata Tapi Allah Bagi Isteri Yang Jadi Cahaya Dalam Hidup Aku” 


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menerima kejutan istimewa kereta GT-R R35 daripada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Izzue dan Awin juga turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada tarikh yang sama iaitu 2 Jun.

BACA: Isteri Hadiahkan Izzue Islam Nissan GT-R R35 Sempena Hari Jadi

Menurut Izzue hadiah paling berharga dalam hidupnya bukan kereta berkenaan tetapi isterinya yang sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang.

“Orang nampak aku dapat GTR. Tapi apa yang orang tak nampak, aku sebenarnya dah dapat hadiah paling besar sejak 13 tahun lalu. Nama dia, Awin Nurin.

“Sebab kereta boleh dibeli. Tapi 13 tahun kesetiaan, 13 tahun bertahan, 13 tahun menyokong ketika aku jatuh & bangun, Itu bukan semua orang mampu bagi!” tulisnya. 

Sementara itu, Izzue berkata meskipun mereka belum dikurniakan zuriat namun isterinya sentiasa menerangi hidupnya.

“Kita mungkin belum dikurniakan cahaya mata, tapi Allah bagi aku seorang isteri yang tak pernah berhenti jadi cahaya dalam hidup aku,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top