Cara berbaik semula selepas bercerai

Cara berbaik semula selepas bercerai


– Advertisement –

Soalan:

Jika seorang suami bercerai dengan isteri kali yang kedua, bagaimana cara berbaik semula? Bagaimana pula kalau sudah becerai tiga kali, apakah ada syarat tertentu untuk kembali berbaik dengannya?

Jawapan:

Jika seorang suami telah menceraikan isteri sebanyak dua talak maka cara berbaik semula ialah jika masih di dalam edah maka suami hendaklah merujuk isterinya tidak perlu kepada nikah tetapi jika telah habis edahnya maka tidak boleh lagi suami itu rujuk melainkan mestilah menikah dengan aqad yang baru.

– Advertisement –

Berkata Syeikh Abi Syuja’:

وإذا طلق امرأته واحدة أو اثنتين فله مراجعتها ما لم تنقض عدتها فإن انقضت عدتها حل له نكاحها بعقد جديد

Ertinya: “Dan apabila suami menceraikan isterinya sekali atau dua kali maka harus baginya rujuknya selama belum habis edahnya. Maka jika telah habis eddahnya nescaya jadi halal semula isteri itu baginya dengan akad nikah yang baru.” (Kitab Matan Taqrib)

Akan tetapi jika suami telah menceraikan isteri untuk kali yang ketiga maka tidak halal berbaik semula sama ada dengan rujuk atau dengan nikah melainkan hendaklah melalui lima syarat berikut:

1. Isteri itu telah habis edah dengannya.
2. Isteri itu berkahwin dengan suami yang lain.
3. Dijimak oleh suami yang baru.
4. Bercerai dengan suami yang baru.
5. Habis edah dengan suami yang baru. Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 16/10/2024

Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Ustaz Azhar Idrus.

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top