Pelakon, Fathia Latiff menjadi perhatian apabila berkongsi pengalaman baharu iaitu menghadiri sebuah majlis ilmu bukan sahaja untuk menambah pengetahuan malah merasai suasana yang berbeza daripada rutin hariannya.
Nak dengar ilmu dan suasana baru

Menerusi hantaran di Threads, Fathia, 38, berkata dia melihat penyertaan dalam program sedemikian sebagai satu usaha positif untuk dirinya, tanpa mengira bagaimana pengalaman yang bakal diperoleh.
“Saya pergi majlis ilmu ini sebab nak keluar rumah, dengar ilmu, dan tengok suasana baru.
“Kalau best, Alhamdulillah,” ciapannya, semalam.
Menurut Fathia, sekiranya majlis tersebut berlangsung seperti biasa, dia tetap berasa berpuas hati kerana telah meluangkan masa melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri.
“Kalau biasa-biasa, sekurang-kurangnya saya dah buat sesuatu untuk diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam perkongsian berasingan, Fathia turut memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan dirinya dalam perjalanan menuju ke majlis ilmu berkenaan.
Pelakon itu turut tampil mengenakan hijab, sekali gus mencuri perhatian pengikut yang mengikuti perkembangan terkininya di media sosial.
Artikel lain: Fathia Latiff dah berhenti fikir soal nak kahwin – “Melainkan masih cantik, ada harapan lagi”
Terdahulu, aktre itu mencuri perhatian apabila mengakui dia kini tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan apabila usianya semakin menghampiri 40 tahun dan memilih untuk mencari kebahagiaan melalui jalan yang berbeza berbanding sebelum ini.
Sumber: Threads fatiyalatiff





