Pelakon Isa Khan tampil menitipkan nasihat buat wanita yang berdepan dengan rumah tangga toksik atau suami tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu hantaran di Threads, Isa meninggalkan komen susulan insiden menimpa seorang wanita yang ditengking oleh suaminya di tempat awam.
BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

Menurut Isa, kaum wanita tidak perlu takut untuk memfailkan cerai daripada membiarkan diri terus menjadi mangsa rumah tangga toksik.
Hantaran Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan peringatan berkenaan dan tidak perlu menunggu untuk seseorang itu berubah sebelum keadaan menjadi lebih parah.







