Difitnah guna video AI? Fadhlina buat laporan polis -“Jatuhkan kehormatan, bunuh karakter saya”

Difitnah guna video AI? Fadhlina buat laporan polis -“Jatuhkan kehormatan, bunuh karakter saya”


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung penyebaran sebuah video dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa memfitnah dirinya.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau memandang serius penyebaran kandungan berkenaan yang disifatkan sebagai satu tindakan berniat jahat bagi mencemarkan reputasi serta menjatuhkan maruahnya.

“Penyebaran video itu adalah berniat jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kehormatan dan membunuh karakter saya.
“Laporan polis telah dibuat dan saya mahu pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penularan video berkenaan yang didakwa menggunakan teknologi AI sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

Artikel lain: “Jangan takut dengan ugutan nusyuz”- Fadhlina Sidek gesa wanita segera lapor keganasan rumah tangga!

Dalam pada itu, Fadhlina turut menyeru semua pihak supaya mengambil pendirian tegas terhadap budaya fitnah, pembunuhan karakter dan pelecehan seksual yang menyasarkan ahli politik wanita.

Menurutnya, perbuatan sedemikian tidak boleh dinormalisasikan kerana bukan sahaja menjejaskan maruah individu, malah boleh memberi kesan lebih besar terhadap penyertaan wanita dalam arena politik dan kepimpinan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang.

Sumber: FB Fadhlina Sidek





Source link

OR

Scroll to Top