Adira Tak Terkejut Datuk Red Bakal Kahwin Lagi

Adira Tak Terkejut Datuk Red Bakal Kahwin Lagi


Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tidak terkejut mengenai perkhabaran bekas suaminya bakal berkahwin dan sentiasa mendoakan yang terbaik.

Memetik mStar Online, Adira berkata dia mengucapkan syukur seandai bekas suaminya sudah bertemu jodoh baru. 

BACA: Datuk Red Bakal Nikah Julai Depan

“Saya tak terkejut (berita perkahwinan) pun, saya sentiasa mendoakannya termasuk kebahagiaan dan kesejahteraan dia. Semoga yang baik-baik untuknya, InsyaAllah. Kalau bertemu jodoh baru Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata dia belum menerima jemputan untuk hadir ke majlis kahwin bekas suaminya yang dikhabarkan akan diadakan pada Julai ini.

“Sepatutnya dia menjemput anak-anak lebih awal tapi mungkin ada perkara yang belum selesai oleh pihak dia (Adnan). Mungkin ditunda (jemputan) pada bukan hadapan, jadi kita doakan yang terbaik untuknya,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top