Pelakon Vanidah Imran berkata dia sememangnya mempunyai hasratnuntuk menutup aurat sepenuhnya dan sedang berubah secara perlahan-lahan.
Memetik Harian Metro, Vanidah berkata dia sudah lama mula berhijab dan sedang melatih diri serta mengakui bukan untuk untuk istiqamah.
BACA: Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Jurutera
“Doakan saya kerana benda (berhijab) itu pasti berlaku. Itu usaha saya. Doa dan meminta sahaja tanpa usaha tidak akan berjalan. Jadi, kita mulakan perlahan-perlahan (untuk berhijab).
“Dah lama dah (mencuba). Sebab itu kadang-kadang awak tengok Instagram (IG) saya, sekejap saya pakai, sekejap tak. Sebab kita mencari. Istiqamah itu bukan mudah. Jadi kita latih diri,” katanya.
Sementara itu, Vanidah berkata dia mahu melakukan perubahan dalaman terlebih dahulu dan akan berusaha ke arah lebih baik.
“Tapi kita usaha. Teruskan usaha, semoga berjaya, insya-Allah. Saya kena perbaiki diri saya, solat saya, semua itu saya perlu (perbaiki) dulu.
“Itu ujian masing-masing, ada hikmah. Kita jangan judge (hukum) orang. (Setiap orang) ada perjalanan dia,” katanya.
Sumber: Harian Metro





