Odegaard buru kemuncak kerjaya

Odegaard buru kemuncak kerjaya


Foxborough: Kapten Norway, Martin Odegaard menang gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal pada Mei dan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah, namun pemain tengah itu memberitahu kemuncak kerjayanya akan hadir esok apabila pasukannya berdepan Ivory Coast pada aksi 32 terakhir Piala Dunia.

Pemain tengah itu yang membuat penampilan senior bersama kelab utama Norway pada usia 15 tahun, mengetuai Norway pada Piala Dunia pertama sejak 1998, ketika mereka menang dua aksi pertama dan mara daripada kumpulan sebelum berdepan pasukan Afrika itu untuk ke kelompok 16 terakhir.

Ditanya penyiar TV2 apa yang boleh dikatakan kepada dirinya, pemain berusia 27 tahun itu berkata.

“Saya boleh katakan ia besar, menghidupkan impian bermain di pusingan akhir Piala Dunia, menakjubkan, perasaan yang besar dan hebat,” katanya.

Selepas 28 tahun tidak layak ke kejohanan itu, Odegaard, Erling Haaland dan rakan sepasukan membanggakan negara mereka, dengan penyokong mereka meraikan dengan gaya ‘mendayung’ Viking yang menjadi tular dalam kejohanan.

“Terima kasih terhadap semua sokongan yang kami terima, semua kasih sayang yang kami rasakan, dan sikap optimis dan semua yang kami saksikan. Kami berterima kasih. Dan kami harap boleh memberikan mereka lebih lagi untuk terus berseronok. Jadi hanya terima kasih atas semua sokongan,” kata Odegaard kepada penyokong negara itu.

Jurulatih, Stale Solbakken membuat perubahan kepada skuadnya pada aksi terakhir kumpulan menentang Perancis bagi memastikan Odegaard dan yang lain dapat rehat sepatutnya bagi pertembungan menentang Ivory Coast.

“Kami sudah lama mengimpikannya, untuk bermain di pusingan akhir, perlawanan besar dengan peluang untuk mara, ia sesuatu yang besar,” kata Odegaard sambil menjelaskan mungkin ada lagi sambutan ‘mendayung’ di pedang jika Norway mencipta kemenangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top