Pelakon Raja Azura kecewa dengan bekas suaminya, Adzmin Osman yang tidak berusaha untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka sejak 13 tahun lalu.
Menerusi satu podcast, Azura berkata jika bekas suaminya tidak mahu berhubung dengannya tidak mengapa namun boleh hubungi anak-anak.
BACA: Raja Azura Minta Bekas Suami Jumpa Anak, Jalankan Tanggungjawab
“Tak nak cakap dengan saya pun tidak mengapa, itu antara saya dengan dia. Kalau nak telefon anak-anak tetapi tiada nombor saya, boleh dapatkan nombor pengurus saya. Bersepah dekat semua media sosial saya. Tinggal ambil sahaja.
“Takkan tak mahu beri sedikit pun berkat duit hasil kerja untuk anak-anak yang sedang belajar dan mengharumkan nama dia,” katanya.
Sementara itu, Azura turut berkongsikan anak perempuannya, Puteri Mia Maizura bakal menerima anugerah dekan dan memakai selempang pink di majlis konvokesyen. Azura turut mempersoalkan adakah bekas suaminya tidak mahu melihat anak mereka naik ke pentas membawa namanya.
“Tahun ini, Alhamdulillah anak saya, Puteri Mia Maizura dekan dan akan pakai selempang pink. Nama anak saya akan disebut sebagai Puteri Mia Maizura binti Adzmin.
“Dia tak nak tengok ke? Kalau dia nak pergi tengok Mia, saya akan bagi. Saya tak pergi pun tak apa. Itu anak dia. Anak kita bersama. Suatu ketika dahulu, kita pernah bercinta. Kenapa mesti kena membenci? Sudah tiada jodoh,” katanya.
Raja Azura dan Adzmin Osman yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff mendirikan rumah tangga pada 2001 namun bercerai pada 2010.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 24, Megat Luqman Hakim Adzmin, 23, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 21.





