Jom Jaga Johor! Hadi Awang seru rakyat pertahan kuasa politik Melayu-Islam

Jom Jaga Johor! Hadi Awang seru rakyat pertahan kuasa politik Melayu-Islam


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Negeri Johor supaya bersama mempertahankan kuasa politik Melayu-Islam demi menjamin kestabilan, keadilan dan kesejahteraan negeri.

“Kepada seluruh rakyat Negeri Johor, marilah kita bersama mempertahankan kuasa politik Melayu Islam demi menjamin kestabilan, keadilan dan kesejahteraan Negeri Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Seruan itu dibuat ketika PAS dilaporkan menggerakkan kesiapsiagaan penuh jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, dengan fokus terhadap 11 kerusi strategik yang dikenal pasti parti itu.

Difahamkan, ketetapan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat yang dipengerusikan kepimpinan tertinggi parti baru-baru ini.

Dalam masa sama, PAS turut melancarkan pendekatan kempen ‘Jom Jaga Johor’ sebagai usaha mendekati pengundi di negeri berkenaan.

Sebelum ini, Abdul Hadi turut menggesa pengundi supaya tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kawasan pertembungan dua penjuru antara PH dan Barisan Nasional (BN), selain menggesa pelaksanaan undi protes.

Artikel lain: Tanpa mengira parti! Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu

Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada persediaan awal Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRN Johor, selain usaha memperkukuh kedudukan di kawasan sasaran.

Dalam masa sama, PAS turut dilaporkan memperluaskan gerak kerja ke Negeri Sembilan dengan membawa pendekatan politik berteraskan penyelesaian Islam.

Pemerhati politik menjangkakan perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan akan menjadi antara penanda aras penting landskap politik negara menjelang pilihan raya akan datang.

Sumber: FB Abdul Hadi Awang





Source link

OR

Scroll to Top