Ammar Ahyan nafi tuduhan ‘kaki kelab’ -“Saya keluar malam pun jarang”

Ammar Ahyan nafi tuduhan ‘kaki kelab’ -“Saya keluar malam pun jarang”

Ammar Ahyan nafi tuduhan ‘kaki kelab’ -“Saya keluar malam pun jarang”


Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, berkongsi pengalaman berdepan dakwaan negatif apabila ada pihak menuduhnya gemar mengunjungi kelab malam dan mengambil minuman beralkohol.

Tuduhan cukup mengejutkan

Menerusi sesi podcast bersama Aidid It My Way, Ammar menyatakan tuduhan tersebut bukan sahaja mengejutkannya, malah turut memberi kesan apabila ada ibu bapa rakannya tidak membenarkan anak mereka keluar bersamanya.

“Saya call kawan saya; ‘Bro, jom keluar.’
“Lepas tu dia cakap, ‘Eh bro, mak saya tak bagi keluar, dia cakap awak kaki club dan kaki minum,” ujarnya.

Jarang keluar malam

Menurut Ammar, dia sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya dakwaan tersebut kerana mengakui jarang keluar pada waktu malam dan tidak mengambil minuman beralkohol.

“Ada orang tuduh saya, saya ni pergi kelab malam, kaki minum.
“Saya keluar malam pun jarang, minum pun tidak.
“Mana keluarnya cerita ini?” soalnya.

Adik pertahan abang

Dalam podcast sama, adiknya, Qadejah El Zahrah turut tampil mempertahankan Ammar dengan menjelaskan aktiviti mereka setiap kali keluar pada waktu malam.

“Abang saya kalau dia nak keluar malam, saya cakap, ‘Ammayan, jom kita pergi minum air.’
“Kita pergilah pergi mamak atau drive-thru sahaja untuk pergi beli air, itu sahaja,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai menyifatkan seseorang tidak seharusnya dinilai berdasarkan khabar angin atau dakwaan yang belum tentu benar, lebih-lebih lagi apabila ia boleh menjejaskan hubungan dan reputasi seseorang.

Sumber: TikTok aididitmyway





Source link

OR

Scroll to Top