Pesawah Rompin tiada masalah isu baja

Pesawah Rompin tiada masalah isu baja

Pesawah Rompin tiada masalah isu baja


ROMPIN: Ketika segelintir pesawah di utara Semenanjung berdepan jalan buntu berikutan kelewatan bekalan baja subsidi, situasi berbeza dialami golongan petani di daerah ini yang menarik nafas lega apabila bekalan input pertanian itu diterima awal sebelum kerja-kerja menanam padi selesai sepenuhnya.

Pesawah di Sepayang, Zulmizan Zaini, 46, berkata, si­tuasi di daerah ini nyata jauh lebih baik jika diban­dingkan dengan laporan akhbar tentang krisis kelewatan baja subsidi yang menjejaskan jadual penanaman di negeri terbabit.

“Di Rompin baja subsidi sudah sampai walaupun kerja menanam belum habis. Ini memudahkan kami merancang garis masa penanaman dan memastikan hasil padi tidak terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Zulmizan, ko­mitmen dan kecekapan pihak berwajib menguruskan agihan memberi keyakinan kepada pesawah bahawa sektor sekuriti makanan tempatan sentiasa menjadi keutamaan.

​“Syukur tidak perlu menanggung kos tambahan membeli baja komersial semata-mata mahu menggantikan baja subsidi yang lambat,” katanya.

Pesawah, Riduan Abdul Rahman, 40, berkata, peng­agihan baja dilakukan sebelum kerja menanam selesai dan berharap isu kelewatan baja subsidi tidak berlaku kerana kelewatan menjejaskan jadual menanam sekaligus menyebabkan hasil padi berkurangan kerana tanaman tidak mendapat nutrien tepat pada waktunya,” katanya.

Kelancaran pengurusan bekalan baja penting memastikan jadual penanaman tidak terganggu, sekaligus menjamin pengeluaran beras negara kekal stabil.

Kelmarin, pesawah di Perlis menanggung kerugian akibat kelewatan bekalan baja subsidi yang berlarutan setiap musim, menyebabkan tumbesaran terbantut, sekali gus mengakibatkan hasil merosot sehingga 50 peratus satu hektar. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top