Hanya Messi boleh terlepas kad merah, pemain lain boleh jalan!

Hanya Messi boleh terlepas kad merah, pemain lain boleh jalan!

Hanya Messi boleh terlepas kad merah, pemain lain boleh jalan!


FOLARIN Balogun menjadi mangsa kontroversi video bantuan pengadil (VAR) apabila dilayangkan kad merah ketika Amerika Syarikat (AS) menewaskan Bosnia dan Herzegovina dalam pertembungan kalah mati Piala Dunia di Stadium San Francisco Bay Area.

Penyerang AS itu terlebih dahulu membuka jaringan pada babak pertama, namun perlawanan berubah sebaik memasuki separuh masa kedua apabila beliau dibuang padang selepas semakan VAR.

Insiden berlaku ketika Balogun berebut bola di udara dengan Tarik Muharemovic sebelum kedua-duanya tersadung dan berlaku pertembungan di antara kaki.

Ulang tayang menunjukkan kaki Balogun mengenai bahagian antara betis dan buku lali pemain Bosnia itu.

Pengadil Raphael Claus pada awalnya tidak menghentikan permainan, namun selepas semakan VAR di monitor tepi padang, beliau akhirnya melayangkan kad merah kepada Balogun selepas melihat insiden dalam gerak perlahan.

Keputusan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemerhati dan peminat, yang mula membandingkan insiden berkenaan dengan situasi melibatkan Lionel Messi dalam aksi Argentina menentang Algeria dalam saingan peringkat kumnpulan.

Dalam perlawanan tersebut, Messi yang memijak betis Aissa Mandi tidak dikenakan sebarang layangan kad.

Perbandingan itu menimbulkan persoalan mengenai konsistensi penggunaan VAR dan standard keputusan dalam situasi yang hampir sama, khususnya melibatkan pemain berprofil tinggi.

Bekas penyerang skuad bola sepak wanita England, Sue Smith menyifatkan keputusan tersebut sebagai keras jika dilihat dalam aksi sebenar walaupun ulangan perlahan menunjukkan sentuhan jelas.

“Bila dilihat semula, memang nampak seperti kad merah, tetapi dalam tempo sebenar ia sangat keras.

“Dia cuba melindungi bola, dan ia lebih kepada nasib malang dalam pergerakan itu,” katanya.

Insiden tersebut memaksa AS bermain dengan 10 pemain untuk baki lebih 25 minit perlawanan, namun mereka tetap berjaya mengawal keadaan untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik menentang Belgium.

Balogun dijangka digantung sekurang-kurangnya satu perlawanan atas kesalahan terjahan berbahaya, dengan kemungkinan hukuman lebih berat bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

AS masih berpeluang mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top