Perkenal perkhidmatan tren ke Melaka, Port Dickson

Perkenal perkhidmatan tren ke Melaka, Port Dickson

Perkenal perkhidmatan tren ke Melaka, Port Dickson


BELUM terlambat untuk diucapkan sekalung tahniah kepada Kementerian Pengangkutan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Kerajaan Negeri Johor di atas pengenalan perkhidmatan Shuttle Selatan di  Johor.

Selain menghubungkan JB Sentral dengan Kulai, buat pertama kalinya perkhidmatan tren penumpang diperkenalkan menghubungkan stesen KTM Kempas Baru dengan Pasir Gudang. Pengenalan perkhidmatan ini memudahkan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki tren dengan kos yang murah dan dapat mengelakkan kesesakan jalan raya.

Diharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan sambungan rel ke pusat bandaraya Melaka dan Port Dickson. Sebagai destinasi pelancongan popular, amat wajar Bandaraya Melaka dan Port Dickson mempunyai akses pengangkutan rel sebagai alternatif kepada lebuh raya yang seperti semua sedia maklum agak sesak terutama ketika musim cuti hujung minggu dan perayaan.

Kesesakan ini sangat membazir masa dan bahan api. Beberapa tahun dahulu, pernah ada rancangan pihak operator Express Rail Link (ERL) untuk menyambungkan perkhidmatan tren ERL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Seremban dan Melaka yang jaraknya tidak jauh mana antara satu sama lain. Mungkin kosnya tidak setinggi membina laluan baharu kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan Melaka adalah salah satu stesen utama.

Kerajaan Negeri Sembilan ketika di era pentadbiran Datuk Seri Mohamad Hassan juga pernah mengemukakan cadangan untuk membuka semula laluan kereta api Seremban ke Port Dickson yang sudah lama tidak aktif. Menarik difikirkan prospek orang ramai yang ingin melancong ke Port Dickson boleh berbuat demikian dengan menaiki tren KTM Komuter dari KL Sentral.

Pelancongan domestik menaiki tren dapat memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dengan mengambil contoh fenomena Train to Dabong. Pengayuh beca serta pemandu teksi dan e-hailing di Melaka dan Port Dickson pasti mendapat manfaat besar apabila pelancong tempatan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya tren berbanding menggunakan kenderaan peribadi.-UTUSAN

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM
Kuala Lumpur



Source link

OR

Scroll to Top