Selindung di sebalik rumah urut untuk aktiviti pelacuran terbongkar

Selindung di sebalik rumah urut untuk aktiviti pelacuran terbongkar


KUALA LUMPUR – Berselindung di sebalik rumah urut bagi mengaburi pihak berkuasa untuk kegiatan pelacuran akhirnya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIMKL) menerusi serbuan Ops Gegar semalam.

Serbuan dilakukan di sebuah premis lot kedai di Jalan Metropolitan, Kepong sekitar jam 9.30 malam berdasarkan aduan orang awam.

Ketua Pengarah JIMKL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya telah menahan 25 orang termasuk tiga warga tempatan.

“Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan persundalan termasuk mengurut badan dengan mengenakan caj sebanyak RM240 untuk satu jam.

“Mereka juga menggunakan dua kaedah cara tempahan digunakan iaitu melalui atas talian seperti media sosial, Whatsapp dan Telegram malah pelanggan juga boleh datang secara terus.

“Semakan lanjut juga mendapati, jumlah pelanggan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan sekitar 20 hingga 30 orang sehari sepanjang waktu operasi berlansung,” katanya pada pemberita, hari ini.

Ketua Pengarah JIMKL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Menurut Wan Mohammed Saupee, premis terbabit dipercayai beroperasi hampir 24 jam iaitu bermula jam 10 pagi hingga 6 pagi bagi memberi perkhidmatan perudalan terutamanya kepada pelancong asing.

Tambah beliau, kesemua individu yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top