Pelakon Azar Azmi enggan mengulas mengenai kes mahkamah membabitkan suaminya, Mohd Apri Hazreen serta perlu menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.
Memetik mStar Online, Azar pihaknya menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa dan mengambil pendekatan mengunci mulut.
BACA: “Saya Nervous, Takut” – Azar Azmi Menangis Kembali Berlakon Lepas 7 Tahun Menghilang
“Bab ini memang saya tak boleh nak sentuh langsung sebab kita serahkan sepenuhnya dekat pihak berkuasa. Itu atas pengurusan mereka sebab benda ini masih lagi berjalan,” katanya.
Sementara itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia mengumpul duit untuk mengikat jamin suaminya kerana fokus utamanya kini adalah anak-anak.
“Kenyataan mana tu? Tak, kenyataan itu Azar tak pernah keluarkan. Tak ada. Bukan saya. Salahlah tu. Sekarang ini Azar hanya fokus cari duit untuk uruskan anak-anak,” katanya.
Sumber: mStar Online






