“Penat Jaga Nama Baik, Bukan Saya!” – Salina Saibi

“Penat Jaga Nama Baik, Bukan Saya!” – Salina Saibi


Pelakon Salina Saibi tampil menegaskan dia bukan individu yang terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah membabitkan seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0.

Memetik Utusan, Salina berkata selama ini dia menjaga nama baiknya dan terkejut apabila namanya dipetik serta dikaitkan dengan kes berkenaan.

BACA: “Woi Dah La Tu, Diamlah” – Salina Saibi Gesa Fazura Henti Aibkan Fattah

“Saya memang terkesan. Nama dipetik dan dituduh terlibat dengan dadah. Dadah ialah musuh negara dan perkara yang paling saya benci.

“Penat menjaga nama baik, tiba-tiba dipalitkan dengan perkara seperti ini pula. Saya terkejut, geram dan sedih. Rasa macam mahu menjerit pun ada,” katanya.

Sementara itu, Salina turut simpati terhadap penerbit, Datuk Yusof Haslam yang selama ini menjaga barisan pelakon seperti ahli keluarganya sendiri.Tambahnya lagi, disebabkan kes tersebut penggambaran Gerak Khas 2.0 terpaksa dihentikan meskipun baru saja dilancarkan. 

“Saya juga kasihan dan sayu melihat Datuk Yusof Haslam. Beliau menjaga kami seperti adik-adik dan anak-anak sendiri. Seluruh pasukan Gerak Khas kecewa. Penggambaran terus dihentikan, sedangkan baru sahaja melancarkan Gerak Khas 2.0,” katanya.

Semalam, seorang pelakon wanita yang membintangi drama Gerak Khas 2.0 ditahan polis selepas disyaki positif dadah dalam serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan ibu negara.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top