“Tiada Maaf Bagimu” – Yusof Haslam Gantung Pelakon Wanita Ditahan Positif Dadah

“Tiada Maaf Bagimu” – Yusof Haslam Gantung Pelakon Wanita Ditahan Positif Dadah


Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata pihaknya tidak berkompromi serta menggugurkan pelakon wanita yang ditahan selepas disyaki positif dadah.

Memetik HibGlam, Yusof berkata drama 26 episod itu sudah 90 peratus siap dan berbaki dua episod untuk menamatkan penggambaran.

BACA: “Saya Dah Beri Amaran Jangan Pergi Kelab Sebab Dia Berlakon Watak Polis” 

“Penggambaran tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi selepas dimulakan sejak Disember 2025. Kita baru buat majlis pelancaran dan dah disiarkan pun untuk minggu kedua.

“Ikutkan memang dia pun masih ada banyak babak lagi untuk dua episod terakhir siri ini, tetapi kita nekad buat keputusan tegas. Kalau drama ini disambung untuk musim akan datang pun, nama dia tiada dalam senarai. Kalau kami tahu lebih awal, memang takkan ambil dia,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata tindakan tegas itu diambil bukan saja pengajaran buat aktres berkenaan malah kepada pelakon dan kru lain agar tidak terlibat dengan perkara tidak sepatutnya.

“Saya selalu tekankan soal integriti. Saya pesan kepada semua, jangan terlibat dengan dadah atau benda yang boleh merosakkan imej pasukan.

“Tapi kita tak mampu kawal apa yang mereka buat di luar waktu bekerja. Anak ramai pun, seorang dua tetap ada yang buat hal. Dah boleh fikir buruk baik. Takkan kita nak ikut ke mana-mana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof berkata pelakon itu turut merayu agar tidak dibuang namun dia nekad dengan keputusan tersebut termasuk tidak lagi mengambilnya berlakon di Skop Production.

“Dia merayu kepada saya, minta dihabiskan penggambaran. Saya cakap, ‘No, enough is enough. I have to drop you.’ (Cukup, saya kena gugurkan awak). Saya beritahu dia, untuk produksi Skop selepas ini memang saya tak akan ambil lagi. Apatah lagi untuk drama kepolisan.” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top