Bella Astillah Kongsi Momen Syed Saddiq Minta Izin Ayden, Ara Untuk Kahwin 

Bella Astillah Kongsi Momen Syed Saddiq Minta Izin Ayden, Ara Untuk Kahwin 

Bella Astillah Kongsi Momen Syed Saddiq Minta Izin Ayden, Ara Untuk Kahwin 


Perkongsian pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila memuat naik video momen manis anak-anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi hantaran berkenaan, video tersebut dirakam pada November tahun lalu dimana Syed Saddiq meluahkan hasrat untuk melamar Bella sebagai isteri.

BACA: “Bella Ibu Luar Biasa, Lihat Ayden & Ara, Betapa Sopannya Mereka” 

“Awak tahu yang saya sayang ibu awak kan. Sebesar mana yang awak rasa saya sayang ibu awak? bILA saya sayang ibu awak, ia tidak boleh hanya sekadar kawan saja. 

“Saya sayang ibu awak lebih daripada seorang kawan. Saya rancang tahun hadapan (February 2026) saya nak melamar ibu awak dan saya akan bertunang dengan ibu awak. 

“Ibu awak sayang kedua-dua awak lebih dari segalanya. Sebabkan itu, apabila saya sayang ibu awak, saya juga perlu minta izin sebab saya mahu awak berdua dalam hidup saya sebagai keluarga,” katanya.

Dalam video tersebut, Ayden kelihatan gembira dan Syed Saddiq berkata dia akan melukis tentang keluarga mereka untuk menjelaskan kepada Ara mengenai hasratnya.






Source link

OR

Scroll to Top